Pameran NILAM & PSS 2012

SMKA Mohamad Ali Ranau telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) kali yang ke 23 dan juga Hari Menandatangani Buku Rekod semalam iaitu pada 21 Jun 2012. Sempena MAC tersebut, banyak aktiviti yang telah dilaksanakan oleh kelab-kelab dan juga persatuan sekolah. Pusat Sumber juga tidak ketinggalan membuat pameran NILAM  & PSS bagi mempromosikan Pusat Sumber dan NILAM kepada pengunjung pameran terutama sekali kepada ibu bapa. Semasa pameran ini juga PSS telah mempamerkan buku-buku baru terutamanya buku Kategori Redspot seperti Malaysian Book Of Records dan juga Animals Encyclopedia yang mendapat sambutan hangat dalam  kalangan pelajar. Lensa PSS sempat merakam beberapa kenangan semasa aktiviti tersebut berlangsung:-

Pusat Sumber sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua Pustakawan dan Pustakawati yang telah bertungkus lumus membuat persiapan Pameran PSS & NILAM kali ini. Kerjasama yang padu telah membuahkan hasil yang cemerlang dan pembakar semangat untuk terus berusaha memajukan Pusat Sumber sekolah pada masa akan datang…

2 comments on “Pameran NILAM & PSS 2012

Leave a comment