BENGKEL PENGURUSAN PSS DAERAH RANAU

Seramai 32 orang  Guru Perpustakaan dan Media Daerah Ranau telah terpilih mengikuti Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Daerah Ranau yang berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 Mei 2014 yang lalu bertempat di Pusat Kegiatan Guru Daerah Ranau. Bengkel ini memberi fokus kepada Pengurusan Pusat Sumber (ASAS), Penyediaan Fail Kuasa, Proses Teknik Buku dan Bukan Buku serta aplikasi dalam talian iaitu IQPSS dan iNILAM. Taklimat dan ceramah telah disampaikan oleh Pn. Rasmina Emin daripada Unit PSP BTPN Penampang. Dengan adanya bengkel seperti ini akan lebih memudahkan guru-guru GPM yang baru dilantik memahami tugas mereka sebagai GPM apabila kembali ke sekolah masing-masing….Tahniah kepada semua GPM yang terlibat…:)

10258064_837599396269223_8687103279277668332_o 10286968_837598849602611_2043453183102237382_o 10357741_837599156269247_2849309621477982773_o 10386956_837599186269244_6897460457770165672_o 10397205_837599126269250_4569614249676092896_o 10403892_837598899602606_540902900361744384_o

 

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT

Pada tahun ini, bersempena Hari Buku dan Hakcipta Sedunia, Program Jom Baca Bersama 10 Minit telah diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-negeri se-Malaysia.

Program ini merupakan sebahagian daripada gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca. Pada tahun ini, kesemua perpustakaan awam negeri telah bersetuju melaksanakannya secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama iaitu pada 22 April 2014 pada jam 10.00 pagi hingga 10.10 pagi.  Konsepnya diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana dalam program ini, semua peserta tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan, akan sama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Bagi SMKA Mohamad Ali Ranau, seramai 450 orang pelajar telah mendaftar sebagai peserta dalam program ini. Unit Pusat Sumber telah membantu dalam penyediaan bahan bacaan pelbagai tema dan bahasa sebagai sokongan terhadap program ini. Program ini juga telah diadakan di sekitar sekolah terutamanya di Foyer sekolah, koridor kelas dan tempat-tempat yang teduh mengikut keselesaan pelajar. Dengan adanya program sebegini diharapkan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah semakin subur dan menjadi amalan pada masa-masa akan datang.

DSC_0527

DSC_0541

DSC_0540

DSC_0535

 

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Ranau 2014

LAPORAN PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH RANAU TAHUN 2014

 

Tarikh : 13 Februari 2014 (Khamis)

Masa   : 8.00 – 4.00 petang

Tempat: Pusat Kegiatan Guru Daerah Ranau

 

MAKLUMAT PENYERTAAN PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH RANAU.

SEKOLAH RENDAH KATEGORI BAHASA MELAYU

BIL.

NAMA

SEKOLAH

1. AFIRAH LUKAS SK. SERI NUKAKATAN
2. FRANCIECYA FELIX SK. ST. BENEDICT RANAU
3. NURFARAH AZZURIN BT ALEX SK. KILIMU RANAU

 

SEKOLAH RENDAH KATEGORI BAHASA INGGERIS

BIL.

NAMA

SEKOLAH

1. GOBINATH NAIR A/L RAVI SK. ST. BENEDICT RANAU
2. MOHD KHUZAIRIL BIN MOHD. SYUKRI SK. KILIMU RANAU

 

SEKOLAH MENENGAH KATEGORI BAHASA MELAYU

BIL.

NAMA

SEKOLAH

1. MUHAMMAD ZULISYRAF ZULKIFLEE SMKA MOHAMAD ALI RANAU
2. MASITA BINTI HAKIM SMK PADUKA MAT SALLEH RANAU

 

SEKOLAH MENENGAH KATEGORI BAHASA INGGERIS

BIL.

NAMA

SEKOLAH

1. AMIRAH BINTI ISMAIL SMKA MOHAMAD ALI RANAU
2. NUR ATIKA RAHMAN SMK PADUKA MAT SALLEH RANAU

 

 

 

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH RANAU TAHUN 2014

KATEGORI

NAMA

SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH BM MUHAMMAD ZULISYRAF ZULKIFLEE(970925-12-5145) SMKA MOHAMAD ALI RANAU
SEKOLAH MENENGAH BI AMIRAH BINTI ISMAIL(970927-12-6424) SMKA MOHAMAD ALI RANAU
SEKOLAH RENDAH BM FRANCIECYA FELIX(020410-12-0602) SK. ST. BENEDICT RANAU
SEKOLAH RENDAH BI GOBINATH NAIR A/L RAVI(020613-12-0995) SK. ST. BENEDICT RANAU

 

Catatan : Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Bahagian akan dijalankan pada 25 Februari 2014 di Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Kota Belud.

Peserta Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Ranau

Peserta Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Ranau

Semua Peserta Pemilihan Tokoh NILAM bergambar kenangan bersama PPD Ranau Pn. Siti Hamni Hashim.

Semua Peserta Pemilihan Tokoh NILAM bergambar kenangan bersama PPD Ranau Pn. Siti Hamni Hashim.

IMG_8136

Peserta Pemilihan Tokoh NILAM SMKA Mohamad Ali: Mohamad Zulisraf Zulkiflie dan Amira Ismail.

Peserta Pemilihan Tokoh NILAM SMKA Mohamad Ali: Mohamad Zulisraf Zulkiflie dan Amira Ismail.

Peserta SK.ST. Benedict Ranau...

Peserta SK.ST. Benedict Ranau…

IMG_8142

Bengkel Penghasilan Aset Digital Oleh Guru Perpustakaan dan Media Zon Sabah dan Labuan

Tarikh : 6 – 9 Mei 2014

Tempat: BTPN Penampang Sabah.

Seramai 32 orang Guru Perpustakaan dan Media Zon Sabah dan Labuan telah menghadiri Bengkel Penghasilan Aset Digital yang berlangsung selama empat hari di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah yang bermula pada 6 Mei sehingga 9 Mei 2014 yang lalu. Dalam bengkel ini, GPM telah didedahkan dengan pelbagai teknik penulisan antaranya penulisan artikel seperti rencana, berita dan laporan. Bimbingan dan bengkel penulisan artikel telah diberikan oleh Guru-guru Cemerlang Bahasa di sekitar daerah Penampang.

Selain penulisan artikel, GPM juga telah diberi bimbingan dalam pembinaan site VLE yang amat berguna kepada GPM di sekolah dan pendidik khasnya. Bahan-bahan yang telah dihasilkan oleh GPM telah dimuatnaik dalam site VLE jabatan pendidikan bagi  tujuan memperkaya aset digital untuk kegunaan pada masa akan datang. Banyak pengalaman baru yang diperolehi GPM dalam bengkel empat hari ini. Walaupun jadual agak padat namun kesemua perancangan yang telah disediakan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai matlamatnya. Semoga kemahiran yang diperolehi GPM dalam bengkel ini memberi manfaat dan diperluas lagi penggunaannya di sekolah masing-masing.

Kenangan sepanjang bengkel diabadikan dalam portal ini….

IMG-20140509-WA0027 IMG-20140509-WA0044 IMG-20140509-WA0026 IMG-20140509-WA0025 IMG-20140509-WA0024 IMG-20140509-WA0023 IMG-20140509-WA0021 IMG-20140509-WA0020 IMG-20140509-WA0019 IMG-20140509-WA0018 IMG-20140509-WA0017 IMG-20140509-WA0016 IMG-20140509-WA0015 IMG-20140509-WA0014 IMG-20140509-WA0013 IMG-20140509-WA0012 IMG-20140509-WA0011 IMG-20140509-WA0010 IMG-20140509-WA0009 IMG-20140509-WA0008 IMG-20140509-WA0007 IMG-20140509-WA0006 IMG-20140509-WA0005 IMG-20140509-WA0004 IMG-20140508-WA0021 IMG-20140508-WA0012 IMG-20140508-WA0010

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Melindungi Penyambungan Anda

Apabila menggunakan peranti mudah alih untuk menghantar dan menerima data atau melayari internet, ia adalah penting untuk menggunakan sambungan yang selamat. Ingat, bahawa seperti dalam dunia sebenar, anda juga akan menghadapi risiko keselamatan di dunia digital. Sambungan yang tidak selamat boleh mendedahkan anda kepada bahaya dalam talian.

INGAT!!!

1.  Sentiasa matikan Wifi (Wi-Fi, perkhidmatan lokasi dan Bluetooth)             apabila tidak digunakan dan “Disable” fungsi sambungan secara             automatik pada peralatan mudah alih anda.

2.  Pastikan anda sentiasa log keluar laman seperti emel, facebook, dan      bukan hanya menutup pelayar. Ini kerana orang yang mendapat              peralatan anda berpotensi  untuk log masuk ke semua akaun anda.          Jangan sekali-kali menyimpan kata laluan dan username di dalam          peralatan mudah alih anda.

INFO daripada CyberSecurity Malaysia…

Program Bulan Jun @ SEMEKAR

1.  Program Gotong Royong Perdana Smka Mohamad Ali Ranau anjuran Unit 3K akan dilaksanakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 15.06.2013 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi (Ketibaan Ibubapa & Guru2)
Aktiviti : Gotong royong, Penanaman pokok bersama OISCA, Menanam pokok buah-buahan & Jamuan.

 

2.  Malam Kesenian Islam Sempena Hari Koperasi SEMEKAR 2013

Tarikh: 15.06.2013 (Sabtu)

Masa: 8.00 malam

Tempat: Dewan As-Shafie SMKA Mohamad Ali Ranau.

Artis Jemputan: ELZHAM

 

3.  Pertandingan Ihtifal Peringkat Bahagian Barat Tahun 2013.

Tarikh : 15 – 16 Jun 2013
Tempat : Dewan As-Syafiee

Selamat bertanding buat semua peserta dari Ranau, Kota Kinabalu, Tuaran & Penampang.

 

4.  Majlis Anugerah Cemerlang & Menandatangani Slip Keputusan Peperiksaan Smka Mohamad Ali Ranau akan berlangsung pada ketetapan berikut :
Tarikh : 22 JUN 2013 (SABTU)
Masa : 7.45 Pagi (Ketibaan ibubapa)
Semua ibubapa dijemput  hadir. Pelbagai aktiviti akan dijalankan.
Semoga kehadiran Tn/Pn akan memeriahkan lagi majlis ini.
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan :
1. En. Zaaba Mohd Som (Pengarah Program)
2. Cik Siti Mayon Ekol (Setiausaha Program)

 

Program Sastera Di Sekolah Sempena Bulan Bahasa Negeri Sabah

Pada 11 April 2013 (Khamis) yang lalu, SMKA Mohamad Ali Ranau telah menghantar 10 orang pelajar ke Sayembara Menulis Cerpen dalam Program Sastera Di Sekolah Sempena Bulan Bahasa Negeri Sabah. Antara pengisian program ialah Bengkel Menulis Cerpen yang disampaikan oleh penulis yang tidak asing lagi di Negeri Sabah iaitu Yang Dipertua Badan Bahasa Sabah, En. Jasni Matlani. Bengkel Menggarap Puisi turut disampaikan oleh Cikgu Ramli AR juga seorang penulis Sabah yang terkenal. Dalam bengkel ini banyak input yang menarik dan sangat berguna telah disampaikan oleh kedua-dua penulis. Pelajar yang dipilih mengikuti bengkel ini pula rata-rata pelajar yang amat berminat dalam bidang penulisan dan telah menghantar karya masing-masing untuk dipertandingkan.

Dalam pertandingan menulis cerpen ini, enam hadiah telah disediakan iaitu tiga hadiah utama dan tiga lagi hadiah saguhati berupa wang tunai dan sijil. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar SMKA Mohamad Ali yang menyertai program ini kerana lima daripada hadiah ini telah dimenangi oleh mereka. Hanya tempat kedua sahaja yang dimenangi oleh pelajar dari SMK Paduka Mat Salleh. Tahniah kepada semua calon sekolah yang menang.

Pengerusi Bahasa Ranau , Cikgu Mahmud Jahar memberi kata alu-aluan...

Pengerusi Bahasa Ranau , Cikgu Mahmud Jahar memberi kata alu-aluan…

Antara pelajar SMKA Mohamad Ali yang turut serta dalam program ini...

Antara pelajar SMKA Mohamad Ali yang turut serta dalam program ini…

IMG_4484 IMG_4485

YDP BAHASA Sabah En. Jasni Matlani sedang memberi panduan menulis cerpen...

YDP BAHASA Sabah En. Jasni Matlani sedang memberi panduan menulis cerpen…

Cik Siti Aisyah Mat Saad...Setiausaha program...

Cik Siti Aisyah Mat Saad…Setiausaha program…

IMG_4492

En. Wahab ~ wakil Datuk Masidi Manjun merasmikan program tersebut...

En. Wahab ~ wakil Datuk Masidi Manjun merasmikan program tersebut…

IMG_4501

Cikgu Siti Aisyah sedang mendeklamasi puisi dengan penuh bersemangat…

IMG_4503

Cikgu Ramli AR sedang mengajar pelajar bagaimana menggarap puisi yang berkualiti…tak kering gusi peserta mendengar celotehnya…

IMG_4506

Siti Hajar ~ Wakil menerima Sijil penyertaan…

IMG_4508

Pemenang Hadiah Saguhati Ke-6…Tahniah..

IMG_4509

Pemeang Hadiah Saguhati Ke-5…Tahniah

IMG_4510

Pemenang Hadiah Saguhati Ke-4 Tahniah Hamiza Justin…

IMG_4512

Pemenang Tempat Ketiga~Wang Tunai RM50 dan Sijil, Tahniah…

IMG_4514

Wakil Pemenang Tempat Kedua RM80 dan Sijil dari SMK Datu Paduka Mat Salleh…

IMG_4518

Mohd Syafik Mohamed – Johan menerima Wang Tunai RM100 dan Sijil…Tahniah…

IMG_4520

Cenderahati kepada penceramah….terima kasih…

IMG_4521

Cenderahati tanda terima kasih kepada penceramah…

IMG_4524

IMG_4525

Peserta dari SMK Ranau

IMG_4527

Peserta dari SMKA Mohamad Ali Ranau…

IMG_4533

Peserta dari SMK Matupang Jaya..

IMG_4534

Kak Mate yang setia….

IMG_4502 IMG_4515 IMG_4530

Tahniah Kepada Peserta Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri 2013

Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah 2013 yang berlangsung pada 18-22 Mac 2013 di SMKA Mohamad Ali Ranau kini telah berakhir. Zon Pantai Barat Utara (Ranau, Kota Belud, Kota Marudu & Kudat) diwakili oleh adik Atikah Japirin-Kategori Bahasa Melayu dari SMKA Mohamad Ali, adik Nornazriah Abu Samah- Kategori Bahasa Inggeris dari SMKA Mohamad Ali, adik Omega June Robert-Kategori Bahasa Melayu dari SK. Kilimu Ranau dan adik Florentina Leong Mei Mei-Kategori Bahasa Inggeris  dari SK. Masalog Kota Marudu.

Karnival NILAM kali ini disertai oleh calon-calon yang hebat kerana ramai calon pernah dinobatkan sebagai pemenang anugerah di peringkat kebangsaan. Semua peserta yang telah dipilih di peringkat bahagian masing-masing mempunyai kelebihan dan kehebatan dalam pelbagai aspek. Pencapaian Zon Pantai Barat Utara pada kali ini juga amat membanggakan kerana keempat-empat calon yang dipilih telah memenangi anugerah Naib Johan Peringkat Negeri Sabah. Berdasarkan corak persaingan pada tahun ini, pencapaian ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan kepada seluruh warga Zon Pantai Barat Utara dan khususnya Daerah Ranau sebagai tuan rumah.

Berikut merupakan kejayaan Zon Pantai Barat Utara dalam Karnival NILAM Peringkat Negeri 2013;

1.  Atikah Binti Japirin     – Naib Johan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Luar Bandar

2.  Nornazriah Abu Samah – Naib Johan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Luar Bandar

3.  Omega June Robert – Naib Johan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Luar Bandar

4.  Florentina Leong Mei Mei   – Naib Johan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Luar Bandar

5.  Pertandingan Jejak Maklumat – Tempat Ketiga Sekolah Rendah.

Tahniah kepada semua penerima anugerah….

Saya (Pn. Floridah Dirin) selaku wakil tuan rumah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival ini sehingga semuanya berjalan dengan lancar. Setiap warga sekolah khususnya SEMEKAR telah menyumbang bakti sepanjang berlangsungnya karnival ini. Tidak dilupakan sumbangan dan bakti seluruh pendidik di Daerah Ranau yang turut bertungkus lumus memastikan perjalanan karnival yang julung kali diadakan di daerah ini berjalan lancar. Komitmen dan jasa kalian semua hanya Tuhan saja yang membalasnya.

Hadiah Karnival NILAM Peringkat Negeri Sabah 2013

Datin Che Normadiah Che Abbas (BTP KPM), Hajah Aidah Hj Puasa (BTPN Sabah) dan Puan Jaimis Saiman (Pengetua SMKA Mohamad Ali Ranau)

Pn. Floridah Dirin, Datin Che Normadiah Che Abbas dan Hajah Dayang Alinah

Pn. Ratinah dan Miss Foo Lee Yen (PPD Ranau)

Gadis Gula-gula yang bertungkus lumus membantu bahagian jamuan. Terima kasih semua…

Pn. Asiah Ahmad, Cik Suseyl dan Pn. Juhara Jahumin – pendidik di SMKA Mohamad Ali Ranau

Tahniah Atikah Japirin dan Nornazriah Abu Samah – Kalian kebanggaan sekolah…

Pemain Kompang yang menyambut ketibaan Tim. Pengarah Hajah Maimunah…

Tahniah Naib Johan -Pasukan Pantai Barat Utara (Kota Belud)

Pasukan Pantai Barat Utara ~ Bergambar kenangan bersama Tn. Ahmad Rashkin (BTP Kota Belud) dan guru-guru pengiring.

Selamat Datang Pengetua Baru

Selamat Datang, kami seluruh warga SMKA Mohamad Ali Ranau amat mengalu-alukan kedatangan Pengetua baru Pn. Jaimis Saiman yang memulakan tugasnya secara rasmi di SEMEKAR hari ini. “Patah Tumbuh Hilang Berganti”, begitulah SEMEKAR yang baru sahaja ditinggalkan Umi Hajah Hapsah A. Ghani yang pindah bertugas di SMKA Kota Kinabalu kini sudah ada penggantinya. Dalam ucapan pertamanya pagi ini Ustazah Jaimis Saiman memberi perangsang dan kata semangat kepada seluruh warga SEMEKAR terutamanya pelajar agar lebih cemerlang dunia akhirat pada masa akan datang. Katanya…”Nak Jadi Anak Yang Baik, Kena Dengar Kata…”.Semoga kedatangan pengetua baru Pn. Jaimis Saiman ini akan meneruskan kesinambungan Visi dan Misi SEMEKAR menjadi sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

Pengetua Baru - Ustazah Jaimis Saiman menerima Buku Pengurusan Sekolah 2013 daripada Penolong Kanan Pentadbiran En. Ismail Galibin.

Pengetua Baru – Ustazah Jaimis Saiman menerima Buku Pengurusan Sekolah 2013 daripada Penolong Kanan Pentadbiran En. Ismail Galibin.

Majlis “Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung”

Majlis Jamuan Perpisahan Pn. Pengetua Hajah Hapsah A. Ghani berlangsung dengan meriahnya pada 26 Februari 2013 di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang. Majlis ini adalah anjuran Kelab Guru SEMEKAR bagi meraihkan Pn. Pengetua yang akan berpindah dan  bertugas di sekolah SMKA Kota Kinabalu bermula 1 Mac depan. Sesungguhnya segala budi dan jasa yang ditabur di SEMEKAR ini akan kami kenang sampai akhir hayat. Kami seluruh warga SEMEKAR mendoakan agar Pn. Pengetua sentiasa sukses dan maju jaya di mana jua bertugas…

IMG_3503

Pn. Pengetua memberi ucapan dan amanah terakhir…

IMG_3468

Pn.Roheyah, Pn. Juhara, Pn. Ruslina & Ustz. Sumayyah

IMG_3469

Pn. Asiah, Pn. Windralela & Pn. Floridah

Juhara, Roheyah, Fauzianah, Azie, Windralela & Flo

Pn. Juhara, Pn. Roheyah, Cik. Fauzianah, Pn. Asiah & Pn. Floridah

YDP PIBG En. Raisin Saidin memberikan ucapan mewakili PIBG SEMEKAR

Cikgu Noraimeh & Cikgu Malter Faiz juru acara pada malam tersebut..IMG_3494IMG_3508

Pn. Pengetua menyampaikan cenderahati kepada Cik. Fauzianah yang telah berpindah tempat bertugas...

Pn. Pengetua menyampaikan cenderahati kepada Cik. Fauzianah yang telah berpindah tempat bertugas…

YDP PIBG En. Raisin Saidin menyampaikan Cenderahati kepada Pn. Pengetua...

YDP PIBG En. Raisin Saidin menyampaikan Cenderahati kepada Pn. Pengetua…

Pn. Izan (Senior Asst. AUCMS menyampaikan cenderahati kepada Pn. Pengetua.

Pn. Izan (Senior Asst. AUCMS menyampaikan cenderahati kepada Pn. Pengetua.

Cik Jumirah bersama Pn. Izan

Cik Jumirah bersama Pn. Izan

Cikgu Flo & Madam Susan

Cikgu Flo & Madam Susan

Flo, Azie, Tie, Roheyah, Juhara, Ruslina & Sumayah...

Flo, Azie, Tie, Roheyah, Juhara, Ruslina & Sumayah…

Us. Suppian (Pen. KS) dan En. Raisin Saidin (YDP PIBG)

Us. Suppian (Pen. KS) dan En. Raisin Saidin (YDP PIBG)

Ustazah Hajah Hapsah & Suami...

Ustazah Hajah Hapsah & Suami…

Pn. Pengetua bersama VIP Jemputan...

Pn. Pengetua bersama VIP Jemputan…

IMG_3467

Pn. Stella Hafsah, Cik. Fauzianah, Cik. Jumirah & Ustz. Nooraisah


Backdrop…

IMG_3465

Pn. Nurul Fadhillah, Cik. Fauzianah & Ustz. Nooraisah.

Cikgu Nurul Asmah dan Cikgu Siti Mayon

Cikgu Nurul Asmah dan Cikgu Siti Mayon