NILAM

NADI ILMU AMALAN MEMBACA (NILAM)

Latar Belakang

Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu.

Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.

Program NILAM

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

Matlamat

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid.

Objektif

1. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.

2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program NILAM

i.     Rekod Membaca:  Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Bacaan NILAM.

ii.    Pengesahan Pembacaan:  Guru mengesahkan rekod bacaan murid.

iii.   Pengiktirafan:  Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Leave a comment